Percanggahan pendapat tentang istilah Kebudayaan_Islam

"Kebudayaan Islam" pada dirinya merupakan sebuah istilah yang menimbulkan perbalahan. Orang Islam tinggal di banyak negara dan komuniti yang berbeza. Justera, mengasingkan apa yang menyatukan mereka selain daripada agama Islam adalah sesuatu perkara yang susah. Bagaimanapun, ahli akademik sekular tidak hendak mengakui masalah itu kerana mereka melihatkkan agama sebagai salah satu aspek antropologi dan sejarah budaya.

Marshall Hodgson, ahli sejarah Islam yang terkenal, memerhatikan kesulitan tersebut antara penggunaan agama dan penggunaan akademik sekular untuk perkataan bahasa Inggeris, "Islamic" (bersifat Islam) dan "Muslim", di dalam karya tiga-jilidnya, The Venture Of Islam (Penjelajahan Islam). Untuk mengatasi masalah tersebut, beliau mencadangkan bahawa kedua-dua istilah itu digunakan hanya untuk fenomena agama lalu mereka istilah "Islamicate" (Islamikat) untuk menandakan semua aspek kebudayaan orang Muslim sejarah. Bagaimanapun, cadangannya tidak pernah digunakan secara meluas, dengan kekeliruan penggunaan umum kedua-dua perkataan itu masih wujud.